Want your
own Fotopage?






 
Persatuan Silat Seni EZHAR (Suci/Setia Hati) Dan Kompang

By: kompang ezhar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERKHATAMAN CWG. TMN. KOPERASI POLIS FASA 2 (part.2)

 
 
 
View all 12 photos...

mana daaa... gambar yg lain tak sabo giee nak tengok aku masa tengah kurus kering Fri 25-Feb-2005 05:54
Posted by:shamsul
dpt gak tgk gambar masa remaja dulu.....tak sangka fotogenik gak muka aku...hehehe jgn maree haaaa.... Thu 4-Aug-2005 07:12
Posted by:Joetkp2 mohd.tajul@eonbank.com.my
Add comment


Friday, 11-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERKHATAMAN EZHAR CWG.TMN KOPERASI POLIS FASA 2 (part.1)

gambar kenangan bersama Pak Guru
Upacara Lafaz Ikrar
L to R : Zaman,Samsul,Em,Abot,Zul,Is,Bob,Lan,Ajoi,Pie,Joe
View all 9 photos...
Setelah lebih 3 tahun menjalani latihan dan menimba ilmu seni EZHAR, tibalah masa untuk Majlis Perkhataman cawangan kami oleh YBhg. Tuan Haji Ramli Bin Haji Dawam PBM. PJK. Pak Guru Kesenian EZHAR Malaysia pada tanggal 27hb Ogos 1995.
Terima kasih buat Cikgu Zainal Kamaruddin Bin Kassim yang banyak membimbing kami selama ini.

LAGU PERKHATAMAN

KINI TIBA MASANYA... YANG DI TUNGGU MENJELANG TIBA...
GEMBIRA RASA DIDALAM HATI... BERSYUKUR KITA KEPADA ILAHI...

MASA BERGANTI MASA... RENTAK GERI EZHAR DIRASA...
DIPECAH RUYUNG SAGU DITEMPA... CAWANGAN KAMI BERKHATAM JUA...

TERIMA KASIH CIKGU ZAINAL KAMI TUJUKAN... BUDIMU MEMBIMBING KAMI...
KE AKHIR HAYAT TAKKAN DILUPAI...

KEPADA ALLAH KAMI MEMANJANGKAN DOA... MEMBALAS BUDI KHALIFAH KAMI...
MUDAH-MUDAHAN TUHAN MEMBERKATI...

DUHAI PAK GURU KAMI... HAJI RAMLI YANG DIKASIHI...
SENI EZHARMU BERKEMBANG KINI... IZINKAN KAMI MENYAMBUNG SENI...

DOA MU KAMI POHONKAN... RESTU MU KAMI HARAPKAN...
MOGA DIKENAL SETIAP INSAN... KOMPANG MELAYU MENJADI WARISAN

BERSATU PADU ADALAH UNSUR UTAMA... KEMBANGKAN SENI TUJUAN KEDUA...
MARILAH SAMA MEMADU TENAGA...

ADAT MELAYU TURUNAN PUSAKA BANGSA... KEKALNYA ADAT KEKAL BUDAYA...
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...

(nukilan rasa oleh Cikgu Zainol Abidin Bin Kassim)




Care to comment?


Monday, 7-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KL DRUM FESTIVAL 1994

 
 
TKP2
View all 14 photos...
Pertandingan di adakan sempena Hari Wilayah yang ke 20 pada 1 hb Februari 1994 di Dataran Merdeka.
Terdapat 4 kategori iaitu Rebana Ubi, Gendang Cina, Gendang India dan Kompang
Berbagai kumpulan/pasukan yg menyertai pertandingan ini dan ia memberi peluang untuk mengenali dan menghayati jenis paluan/rentak antara kumpulan yg bertanding disamping mengerat silaturrahim.
Ini juga adalah titik tolak bagi gabungan 4 kategori tersebut berpadu tenaga menghasilkan irama etnik Malaysia seperti Hari Kebangsaan, Majlis Perasmian dan lain-lain.




meriah tul masa ni. Yg tk hensem perasan cm hensem.. tp penat gile masa ni. nwy bila kenang balik.. memang kenangan ni indah. windu kat 1st group tkp2 Tue 8-Apr-2008 10:58
Posted by:Yuztkp2
kelakar bila tgk pic2 ni semua. esp cikgu zainal yg pakai seluar ketat & senteng lagi. tu yg mcm michael jackson nampak stokin putih..wakkakaka.. kelakar gile masa ni. eh korang mesti tk ingat kak zana kan... dia ada ke masa kita khatam eh?? lupe lah.. Tue 8-Apr-2008 11:03
Posted by:Yuztkp2
yuz - yusma ke?
welcome back
Thu 17-Apr-2008 07:49
Posted by:ezhartkp2
View all 4 comments Add comment


Saturday, 5-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rombongan ke IKM Alor Setar

 
 
kulit buku
Majlis Perasmian Kompang Ezhar Cawangan IKM Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 14 hb Ogos 1994.

Jurulatih / Penasihat : En. Albakri bin Hj. Alias


Care to comment?


Friday, 4-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Nasyid Peringkat Wilayah Persekutuan pada 21.08.93

 
 
 
View all 5 photos...

masa nie joi.... kita zaman remaja yg gemilang semangat dalam seni....apa jua rintangan dan cabaran kita tempoh..tapi zaman skrg nihh lain sikit tak boleh nak kena tegur.. zaman IT la katakan. tapi apa pon seni melayu kita tak akan hilang buat selama-lama nya. Ini khas utk cikgu zainal terima kasih diatas ilmu yg telah diberikan dan ilmu ini akan kami salurkan pada anak cucu kami. Fri 28-Oct-2005 18:27
Posted by:shamsul  - [Link]
masa ni semua dara & teruna beb.... semua muka tk senonoh... maklum la tk ada keje.. semua ni da sehidup semati dgn ezhar tu yg nasyid pun sapu, pastu abis ezhar nyer uniform pakai..
Tue 8-Apr-2008 11:16
Posted by:Yuztkp2
tak elok joe hang kutuk2 abot,..masa rehearsal yg jadi benda tu.malu dia takleh cakap seminggu.dah tu takde org yg sanggup kedepan utk jadi lead vokal utk rehearsal tu.m yg bagi Q kt pemuzik suruh stop secara tiba2..gamat satu dewan dikkk.yuz ni yusma ke?anyway,inilah sebahagian dari saat2 terindah dlm hidupku.hidup ezhar malaysia!!!!!! Mon 22-Dec-2008 08:27
Posted by:papabosan koptpt@tm.net.my
View all 4 comments Add comment


Thursday, 3-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
SECEBIS SEJARAH KESENIAN EZHAR

Pulau Bentan
Bukit Raden Mas Singapura
Melaka
View all 5 photos...
Kesenian EZHAR bermula dari kesenian silat di Pulau Bentan Indonesia.
Diasaskan oleh Pak Guru yang pertama iaitu Allahyarham Kang Munaji bin Muhammad.
Seni ini dibawa ke Singapura di suatu tempat bernama Bukit Radin Mas (daerah Tanjong Pagar).
Setelah beliau meninggal dunia, seni ini diteruskan oleh Pak Guru yang kedua iaitu Allahyarham Kang Jasmani bin Abdul Rahman. Diantara anak muridnya ialah Pak Guru Tuan Haji Ramli bin Haji Dawam dan Muhammad bin Khalil.
Di Singapura, Allahyarham Kang Jasmani telah menubuhkan kesenian kompang bagi tujuan mengisi masa lapang terutamanya selepas latihan silat.
Rentak dan paluan kompang EZHAR ini diilhamkan daripada rentak dan paluan kompang yang sedia ada di Singapura pada masa itu.
Zikir-zikirnya pula dipetik dari kitab Dewan Nur Hadrah dan kitab Berzanji.
Perkataan EZHAR adalah singkatan dari perkataan Suci / Setia Hati ( S dan H ). Dalam bahasa Indonesia S disebut Esh dan H disebut Ha. Lama-kelamaan ia disebut EZHAR.
Kesenian EZHAR ini dibawa pula dari Singapura ke Melaka oleh Pak Guru Tuan Haji Ramli bin Haji Dawam iaitu di Kampung Sungai Duyung( Jambatan Duyung ).
Dari Melaka, kesenian ini dibawa ke Kuala Lumpur ( Kampung Chendana ) oleh Pak Guru dan dari situ berkembanglah Kesenian Kompang EZHAR ini ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Kesenian Kompang EZHAR bertapak di Taman Koperasi Polis Fasa 2 ini lanjutan dari Kampung Chendana kemudian Pak Guru membawa kesenian ini ke Kampung Puah.
Cikgu Abdul Rahman bin Yim meneruskannya ke Pantai Dalam.
Seterusnya Cikgu Zakaria bin Muhammad membawa seni ini ke Kampung Sungai Udang,Teluk Gadong di Kelang dan disambung oleh Cikgu Norizam bin Aminuddin ke Pasir Tuntung @ Api-Api di Kuala Selangor.
Akhirnya kesenian ini berkembang di Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada 22hb Februari 1992 oleh Cikgu Zainal Kamaruddin bin Kassim.



Care to comment?


Wednesday, 2-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Ezhar

Pak Guru yang kami kasihi... Tuan Hj. Ramli Bin Hj. Dawam
 
 
Selamat datang ke laman fotopages kami...

Persatuan Silat Seni EZHAR ( Suci/Setia Hati ) dan Kompang
Cawangan Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur

HARAPAN DAN JANJI SETIA ( lagu rasmi EZHAR )

Dari Bentan kisah bermula
pencak silat seni utama
pukulan kompang berkembang pula
di Singapura dan Malaysia

Sungai Duyung Kampung Chendana
kedua tempat cipta sejarah
Haji Ramli pak guru ketiga
kembangkan seni kompang EZHAR

Duhai pak guru kami kasihi
usahlah bimbang gundah dihati
kami semua putera dan puteri
setia hati memegang janji

Ucapan ikrar telah dilafazkan
dengan tulus dan keinsafan
mendukung cita penuh harapan
semoga EZHAR mekar berzaman



Salam hormat utk semua, kenapa tiada up date laman web, nak tengok berita terkini dan aktiviti TKP2. Umickin Wed 18-Jul-2007 01:56
Posted by:Nor`asiken bt Lajis @ Aziz umickin@yahoo.com
mane la gmbr2 bru..upgrade r lg...kenangan bersama EZHAR x kan d'lupakan sampai bila2 Fri 10-Jul-2009 06:45
Posted by:firdaus daus88_angah@yahoo.com
EZHAR setia suci hati.... cikgu Roslan yang banyak berjasa... jasamu tak kan kami luperrr...EZHAR terus berkembang...tak lapuk dek zaman.... Fri 10-Jul-2009 06:49
Posted by:firdaus andalas daus88_angah@yahoo.com
View all 19 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.